Thursday, February 28, 2008

Bukan omongan kosong~*

Photobucket
Photobucket

Photobucket
Photobucket

Photobucket

Bak kata Nabil.. "Ha lu pikir lah sendiri...."

Iklan jap~*

Korang sure letih aku cakap banyak. So sini aku kasi iklan buat kepala korang lepak2. Boleh buat gelak2.


YB vs. Bloggers




romPAK LAH




Ubah gaya hidup.




Setem YB.





Harharhar~ actually nih budak2 Youth for change [Y4C] keluarkan klip video ni sebagai kesinambungan kempen pendaftaran pengundi baru sempena PRU ke-12 nih. Tujuan diorg ni sebenarnye nak galakkan orang awam utk berfikir dan berdiskusi je. So, lepas korang tgk ni,boleh pi minum kat kedai kopi ramai2 sambil berdiskusi tentang masa depan negara kita bawah pemerintahan sape kita bakal pilih nnt.

Dah. Korang boleh borak2 dulu. Aku nak sambung writing tesis nih. Chiow!

Pikir sendiri ler~*

Aku dah pening kepala. Dok baca sgt byk berita from both parties, aku lak yg naik fenin. Padan muka aku. Sibuk sgt bab politik. Last2 aku cuba pendekatan yg berbeza. Hehehe.

Korang nak tau apa jadi? Dengan bangganya aku nak umumkan… aku dah berdaftar dgn Kelab Penyokong Maya UMNO. Harharharhar~ terkezut? Relak2. Ni aku nak bukak cerita nih.

Selama ni aku sogokkan diri dgn berita2 from Harakah Daily dan yg terbaru, Suarakeadilan.com. Baca itu ini. Dah mula tak minat nak tau sgt berita2 dari BA sbb aku tak reti nak bidas balik. Berita2 yg dipaparkan dah memang terang dan jelas depan mata. Aku nak ckp apa lagi? Terlalu byk isu2 yg mengganggu gugat kehidupan seharian rakyat wibawa mcm aku ni ha seperti isu minyak dan tol. Tak harmoni hidup aku mcm ni.


Tapi yg sedihnye, kenapa BN tak nak jawab isu ini? Rakyat mengutarakan isu. And we demand answers! So aku yg byk songeh ni dok selongkar lah web2 UMNO dan BN ni. Nak carik jawapan lah! Utk korang jugak. Tapi apa aku dapat? Kutukan2 mual dari BN utk BA. Sudah2 lah maki caci keji nih. BA pun kena stop gak main caci2 maki2 mcm ni. Dua2 ada identity muslim dan Islam, jadi kena lah jaga. Malu dek orang luar tengok.

BN, kau tolong lah jawab suara hati rakyat. Projek juta2. Rasuah terang2 atas nama ‘komisen’. Duit nak buat projek mega koridor2 raya tu ada, tapi duit nak turunkan harga minyak takde pulak. Paling2 pun tolong bayarkan PTPTN aku la wei. Pastu video Lingam yg terang2 tunjuk kekotoran badan kehakiman negara kita. Isu2 yg kami utarakan ni bukannye isu kecik. Isu besar melibatkan maruah rakyat.

Haaa.. ni aku ada perasan. Kalau engkorang bukak laman2 web BN dan BA kan, korang akan perasan yg berita2 bhgn BN byk utarakan isu2 yg remeh. Isu salam tangan. Isu Mat Sabu naik hangen macam setan. Isu orang utan. Isu2 yg aku rasa… come-on-lah-we-have-bigger-issue-than-this.

BA menegakkan manifesto kebajikan utk rakyat. Rasanye aku dah bubuh kat sini dulu. Pastu manifesto BN lak adalah utk kekalkan keharmonian dan kemakmuran rakyat. Aku tercari2 jugak, mana janji BN agar minyak dan tol tidak dinaikkan lagi? Aku risau betol kalau minyak tol naik. Nanti akan efek gaya hidup aku nanti.

"....Manifesto dengan slogan ‘Selamat, Aman, Makmur’ itu menggariskan pencapaian dan kemajuan negara dalam lapan sektor sepanjang tempoh 2004-2007 serta janji BN untuk melonjakkan Malaysia ke era yang lebih gemilang. Sektor-sektor itu ialah ekonomi, pendidikan, pembangunan seimbang, undang-undang keselamatan awam, perkhidmatan awam, membanteras rasuah dan meningkatkan urus tadbir, agama dan perpaduan serta dasar luar..."

Selamat? Aman? Makmur? Ok lah.. Korang semayang dalam masjid tak kena tembak. Aman lah tu. Cina India melayu tak gaduh tahap kronik. Makmur lah tu. Korang jalan2 kepit beg celah ketiak org tak ragut. Selamat lah tu. Ayoooo… kalau gitu, mana adik Sharlinie? Kes Hindraf? Masjid kristal? Ahhh.. malas aku nak jot down satu2.

Meh main sektor2 pulak.

Ekonomi? Korang bukak lah laman web yg takde kaitan langsung dgn Malaysia. Bandingkan tahap ekonomi kita dgn negara2 membangun yg lain. Baru lah perbandingan tu suci. Tok sah dgr ckp Pak Lah ke Anwar. Tengok dan nilai sendiri tahap ekonomi kita. Ekonomi meningkat lah konon? Huh~

Pendidikan? Aku kena bayar PTPTN oi! Semua yg pinjam2 masa belajar tu kena bayar balik hutang. Apa kes? Bukan pendidikan itu percuma ke? Tak makmur hidup aku macam ni.

Pembangunan seimbang? Macam ni la. Seimbang means semua rakyat menikmati pembangunan kan? Kalau seimbang, TV3 tak sibuk buat rancangan BERSAMAMU tau. Berderet2 family nak masuk rancangan tu supaya dapat attention. Jadi anda boleh pikir sendiri. Seimbang ke nih?

Undang-undang keselamatan awam? Harharhar~ video Lingam tu apa kes? Badan kehakiman negara yg duduk plg tinggi tu sudah kotor beb. Boleh beli hakim tu anytime. Kes Anwar dulu tu?
Dah terang2 Mahathir ngaku dia zalimi Anwar. Pikir sendiri ler…

Sektor banteras rasuah? Terang lagi bersuluh rasuah yg diterima dek kroni2. Siap masuk paper lagi tapi rasuah tu dipanggil komisen. Tak pun namanye bayar pampasan. Komisen dan pampasan sampai juta2. Dah elok2 plan buat jambatan bengkok pastu dibatalkan? Perancangan apa nama ni? Membazir tau! Pikir sendiri..

So biler nye kerajaan BN nak jawab semua2 soalan rakyat ni ha?

Dah. Aku penat lah nak taip pnjg2 lagi. Yg lain2 boleh pikir sendiri lah...

Monday, February 25, 2008

Tak faham weh~*

Heh~ citer pasal election lagi~ terpksa lah korang tadah mata membaca. Tak boleh nak buat apa.

Firstly, can anyone tell me kenapa pengerusi SPR kita, Tan Sri Abdul Rashid dilanjutkan tempoh pencennye dari 65 thn ke 66 tahun? Secondly kenapa TanSri Abdul Rashid tak mau turun jumpa 25 wakil rakyat BA yg nak bantah pasal surat arahan tentang duti setem yg mengelirukan calon? Korang tahu kan kes duti setem tuh? Kalau tak tahu, boleh baca kat
sini dan sini. Kalau dah tahu, bagus lah sebab aku malas nak citer panjang. Heh~
Funny when this really big case is not in the main media.

Aku ni kan, baca berita from both sides. Harakah daily, Utusan online, Malaysiakini dan Bernama.com. Dah jadi santapan harian aku sekarang nih. Aku nak bandingkan both side. Walaupun memang jelas lah aku ni penyokong BA tapi aku nak tahu jugak apa yg ada kat BN yg buat org masih nak sokong depa. Like I said, aku kasihan dgn org2 yg masih sokong UMNO nih. Jadi aku cuba nak memahami keadaan mereka. Kot2 ada bahagian BA ni salah, aku nak perbetulkan diri sendiri.

Setakat yg aku tengok lah kan, media pro BN ni tak byk kutuk pembangkang sangat. Kalau ada pun, yg sikit2 je lah. Sikit2 such as pembangkang ni ckp tak serupa bikin. Pembangkang ni suka main kutuk2 yg tak menggambarkan ciri2 Islam. Betol lah tu. Buat malu je berkopiah jubah tapi nak salam org pun tak reti. A bit funny when kes calon PAS tak nak salam calon BN menjadi big news dlm media diorg. Don’t you guys have any bigger news? Such as kenapa ada 5 orang calon BN tak setelkan duti setem dlm borang penamaan calon? Or mana datang surat arahan yg dikeluarkan pada hari Ahad sedangkan jelas hari Ahad adalah hari cuti umum kat KL ni? Last2 aku terpikir, apa bahan yg BN ada nak kutuk BA? Tu pasal BN takde byk nak kutuk BA sgt. Takde menda sgt nak dikutuk. Rasuah? Cerita basi boleh? Both side ada. Antara nampak tak nampak je. Kalau dah nampak, mmg teruk sgt la tuh. Lain2? Kelantan? Negeri ke-6 termiskin. Yg termiskin adalah Sabah yg bawah BN. Lagi? Kelantan takde universiti sendiri sebab umum tahu itu adalah tanggungjawab kerajaan pusat yg sepatutnye sediakan peruntukan kat negeri kelantan. Kenapa tak bagi? So lagi?

Aku nak tau mana calon BA yg amik duit rakyat dan buat renovation rumah sampai juta2 hengget. Selain dari wakil PKR yg ada kemungkinan amik duit rasuah yg ditawarkan dek BN, sape lagi wakil BA [PAS la terutamanye] yg amik projek juta2 dlm nak membangunkan sesuatu pastu terbiar terbengkalai membazir macam tu je. Bagus lah sejak BN amik Terengganu, byk masjid dah naik. Terengganu ada masjid kristal. Cantik kan? Penduduk setempat kat situ bagitau yg masjid kristal tuh tak boleh digunakan utk beribadat. Masjid tu hanya dijadikan perhiasan semata2. Sape tak sedih dgn statement ni mmg hati kambing ler.

Aku bukan lah nak into politik sgt. Aku just nak pemimpin yg boleh kembalikan hak rakyat. Dah teruk sgt dah ni. Tak telus. Semalam ada org kasi tau aku biarkan BN menang sebab nothing can change the fact that BN akan menang jugak. Salah kalau pikir mcm tuh. Yg penting kita berjuang dgn cara kita utk tegakkan perkara yg benar. At least kena soal besok, pangkah kita boleh tlg cover soalan bab memilih pemimpin yg adil nih. Aku pun tak lah expect BA menang besar sebab korupsi kerajaan pimpinan BN dah mmg tahap sebak dada. Yg penting, apa yg boleh kita buat utk terus fight for what is right? Ni yg aku nak suruh korang tgk blk movie 300 ni. 300 ratus askar Spartan nak lawan dgn askar Parsi yg berjuta2 askar. Its not the victory they seek, it’s the spirit within yg tak putus asa terhadap mempertahankan hak mereka.

Aku masih faham andai ada yg tidak berkemampuan nak turun ke pusat mengundi atas sebab2 fizikal seperti transport atau hal kerja tapi yg aku tak faham ialah org yg direct ckp malas nak gi ngundi. Atau yg nak duduk atas pagar makan padi tak nak mengundi. Konon undian mereka adalah hak mereka. Sukati lah nak pergi mengundi ke tak. Kenapa lah dok pikir kesan2 hal duniawi seperti politik kotor lah segala? Tak terfkir kah kita buat semua ni kerana Allah? BN dah direct ckp hokum hudud tu tak sesuai dgn keadaan masa kini sedangkan ALLAH dah ckp direct itu adalah hokum yg terbaik utk manusia. Kat sini aku nak mintak mana2 pembaca aku yg kerja lawyer terangkan dari segi perundangan kenapa kelantan tak boleh laksanakan hokum hudud di negeri sendiri. Adakah kerana mereka terikat dgn perundangan pusat negara yg dikawal kerajaan? Kalau betol, maka ikut akal fikiran aku sebagai org awam ni pikir, itu lah sebabnya Kelantan tak boleh nak laksanakan hokum hudud secara berperingkat. So jgn sape2 nak bising ckp PAS kat kelantan ckp tak serupa bikin pasal hukum hudud ni sebab dah jelas terikat dgn perundangan negara yg dikawal dek kerajaan. [If i'm wrong in this, do correct me] Jadi, susah sgt ke nak tentang org yg menentang hokum ALLAH mcm ni? Jgn lah cetek pikiran sgt nak ckp hokum hudud ni tak sesuai utk org India ke Cina. Boleh bukak balik buku sirah nabi zaman kepimpinan baginda okeh~

Serius weh… aku tak paham org2 mcm ni… sangat mengalu-alukan org yg boleh bagi aku paham.

Oh ye. Aku ada game utk korang. Mula2 masuk kat
http://daftarj.spr.gov.my/daftarbi.asp Pastu boleh masukkan number2 IC kat bawah ni.
801018775059 800311086231 811028045577 830416610017 841207065917 851222740019 850513106435 851117106729 850802106378 850916086838 860320145365.

Jangan tengok number IC mcm tuh. Masukkan dulu number2 ni dlm daftar SPR. Tengok apa yg keluar. Tengok berapa umur diorg. Magik kan? Ada org kata, menda ni dah lama. Sorry lah, aku baru tau. Budak baru nak mengundi second time lah katakan... Terjakun lah kejap. Harhar~ Lepas ni sape2 yg ada kontek dgn Guiness World Record, siler inform mereka bahawa berlambak2 manusia umur lebih 120thn kat negara kita. Takat 2 org dlm record diorg tu, kita tak heran~
Heh~

Sunday, February 24, 2008

Islam atau Muslim?~*

First and foremost, I would like to apologise to my dear readers kerana terpaksa jugak bukak cerita pasal pilihanraya nih. Tak leh tahan lah. Dah try buat2 baik pun, tetap tak tahan jugak jari jemari ni nak menaip pasal pilihanraya. Dah makin hot ni sebab hari ni penamaan calon. Hangat. Panas. Tolong bukakkan kipas!

Mula2 sekali aku nak cerita, Wan Ubaidah calon PAS menang kawasan Kijang. Alhamdulillah. Ada jugak kawasan yg harapnye selamat dgn mengekalkan prinsip2 Islam di kawasan tu. Pastu ada lagi 9 bijik kawasan yg dimenangi BN tanpa bertanding. Aduhai… harap2 nye mereka ini adalah insan2 yg menegakkan prinsip2 Islam dalam kepimpinan mereka kelak. Amin..

Tadi pagi aku pergi ceramah. Bukan2. Bukan ceramah parti politik tapi ceramah agama yg memang aku wajib pergi setiap hari ahad. Kebetulan pulak jatuh pada hari penamaan calon. Ustaz ni bercerita pasal sesuwatu yg menarik perhatian. Rasanye kalau aku kongsi cerita ni, moganye lebih jelas lah kepada mereka2 yg ingin membuat cabutan undi nanti.

Banyak lah menda yg dia cakap [tapi bukan berkempan ye] but one thing yg best ialah soalan ini :- Anda menyokong Islam atau menyokong Muslim? Ah ha~! Best kan soalan nih? Sebab sure korang pening.

Dia start dgn sebijik cerita. Long story tapi dishortkan. Ada satu kawasan di Perancis yg mengamalkan prinsip2 hidup seperti sikap jujur, amanah, ikhlas, menegakkan keadilan dan menentang kezaliman. Banyak lagi lah prinsip2 dia sebut tapi aku dah lupa. Yang penting di sini adalah kesemua prinsip2 hidup ini adalah prinsip2 yg dianjurkan Islam. Isn’t Islam is way of life? Yang lagi bestnye ialah, takde sorg pun manusia di situ yg bernama Muslim. Semua kafir. Kafir yg mangamalkan prinsip yg dianjurkan Islam. Hebat kan? Jadi Islam adalah mengenai prinsip. Pegangan. Cara hidup. Dan yg sewaktu dengannya..

Kedua ialah Muslim. Muslim ini adalah tentang identity. Kalau dia pakai kopiah bawak tasbih, dah memang identity orang muslim. Tapi adakah benar dia menegakkan prinsip yg betol? Menentang kezaliman dan menegakkan keadilan? Berjubah berkopiah bagai tapi dok makan rasuah tindas orang buat apa? Tak pasal2 dapat gelaran kafir. Identity muslim ada tapi prinsip Islam tadak. Buat apa? Buat malu je. [ooppsss... am i being too harsh here?]

So nampak tak? Andai kata kawasan korang takde calon PAS ke hape, undi lah calon yg menegakkan prinsip2 yg benar. Tak lah kata PAS ni semuanye betol tapi mostly prinsip2 yg benar tu sentiasa cuba ditegakkan oleh PAS. Tapi kalau PKR atau DAP [or maybe BN?] pun berusaha tegakkan prinsip yg sama, mari lah sama2 kita sokong depa!

Jadi itu lah point aku. Mana2 yg benar, itu lah yg aku sokong. Calon yg menang 10 kerusi tanpa bertanding tu sikit je baru. Ada ratus2 kerusi lagi kita belum tgk. Orang kata hero memang kalah awal2. Heheh~ Sukati korang lah nak pilih sape2 jadik hero kan. Pada aku, ini lah masa nye kita kena gerakkan jentera BA utk tuntut balik hak demokrasi dari BN yg dah lama sangat duduk atas kerusi kerajaan tuh. Turun lah. Kasi chance barisan kepimpinan baru lak pimpin. 5 tahun pun jadik la. Wait and see how. Kalau tak ok, 5 tahun akan datang, you guys boleh datang ambil balik. Takde hal. Sebab korang semua tetap sama. Jadi wakil suara rakyat jugak kan.

Hmmm…

Nak cakap byk pun tak guna. Korang baca sendiri lah kat saifulislam.com

Habis cerita.

Friday, February 22, 2008

Wasabi~*

You guys watch MacGyver? Damn cool lah that guy. He makes impossible things look possible. Since that I fell in love with smart guys. He’s my number 1 during the 80’s. So you guys can guess that my fave now is Micheal Scofield in Prison Break. The smart ass that is trying to break himself out of the prison. Season 3 is more interesting. Trying to break out from prison with no plans. Love his brain~ So guys that make things impossible look possible :- Very attractive.

So aku dah habis outstesen kat Kuantan nih. Esok balik. First time aku rasa macam malas nak balik. Lepak2 bodoh kat sini ok gak. Hana ajak aku gi Tioman. Tak dapat ler beb. Ada appointment Isnin ni. Dengan org-org yg dah 2 minggu tak jumpa aku. Mereka windu… Hehe~ Tapi macam nak duduk lama lagi kat sini. Rasa malas lak. Ngalahkan org kerja. Bukannye aku kena bangun keluar redah trafik jam kol 8 pagi tu pun. Keluar kol 11 pagi pun boleh. Heheh~ Tapi tetap feeling biru di hari isnin. Hmmm… dok sibuk2 ckp pasal Monday blues ni, aku ikut je ckp mmber2 aku dah yg kerja dok sebut2 pasal Monday blues. So actually, isnin biru tuh apa? Hehe~ Takde2. Kena balik gak. Kang budak2 tu tak tusyen lak.

Kat sini aku ajar budak2 ni macam mana nak dapatkan gelombang electromagnet dari segugus photon, budak2 ni ajar aku macam mana nak buat sushi. Senang je rupanye. Aku pernah tengok heroin dlm Full House tu buat sushi dlm episode ke 7 pada jalan cerita minit ke-27. Tapi masa tu sushi dia dah gulung2. Takde lak tunjuk macam mana beras sumo [ingatkan gusti je yg ada sumo, beras pun nak jugak] dan seaweed tu dibuat dan dimasak. Pastu cecah dgn kicap and wasabi dia. Budak2 ni dah kasi resepi. Balik nanti aku nak buat. Nak ke? Takde2. Nak buat sorg2 makan sorg2. Hehe~

Wasabi? Yukkss~ dah try makan? Kononnye tu sambal org Jepun la. Standard sambal belacan kita org melayu la. Tapi wasabi ni tak sedap. Pedas dia tak kick lidah aku langsung. Macam pedas tengik? Entah ler. Aku tak tahu nak istilah kan macam mana. Korang try lah. Apa2 jadi jangan salahkan aku sebab aku dah warning, wasabi itu yuckkss. Perkataan wasabi aku first time dengar biler tgk movie yg dilakonkan oleh sape tah hero perancis [dia berlakon gak dlm Pink Panther with beyonce] yg berlakon sebagai polis ada anak hasil hubungan dgn wanita Jepun. Citer lama. Polis perancis ni pergi Jepun utk amik anak dia then the whole story berlaku kat situ. In France language of course. And a little bit of Japanese talking. Pernah tgk tak? Tajuk movie tu adalah Wasabi. Lawak betol biler polis perancis tu nak ajar anak jepun dia ckp perancis. Dengan aku2 sekali muncung2 mulut ikut loghat dia. Harhar~ Habis citer tu baru la aku tau wasabi tu adalah sejenis menda hijau yg hero perancis tu makan macam timun cecah budu je. Calit dgn jari. Dia makan style nampak sedap dan nikmat je. Tapi biler kawan dia calit sket, kawan dia buat muka macam omputih makan sambal tempoyak. Muncung monyok mcm momok. Aku jadik konfius kejap. Sedap ke tak sedap wasabi nih? Lain org lain lidah kan. So apa kata korg try dan kasi tau apa memek muka korg nnt okeh. Harhar~

I just realized this is going to be my 200th entry in this blog. Since May 2006. Should I celebrate ke hape nih? Maybe a bunch of thanks to Hata n Nad for making my blogging world ni possible. And Ijat sebab rajin buatkan those banners for me. So guys, thanks!

Other than that, aku dah malas.. Dah ngantuk nak tidur.

Goodnite!

Thursday, February 21, 2008

Memilih~*

That's it! Sumpah aku pastekan entry ni kat sape2 yg tanya lagi aku soklan nih.

Adoiii.. penat lah nak jawab. Sama ada di alam maya atau alam reality. Semua ckp aku memilih. Meh sini aku nak story mory.

So ok lah. Aku ngaku. Aku memlilih. Aku bagitau direct lah, ikan dan sayur kat pasar tu pun korang memilih gak tau~?! Ni kan pulak nak cari laki. Ada logik ka aku nak cari laki tak memilih? Pergi beli buah, reti pulak main ketuk2 buah tembikai nak dengar bunyik mana plg sedap. Pilih ikan reti pulak tak amik yg bermata merah. Tak pun kalau dapat susu expired, reti pulak pergi buang atau gi tukar kat kedai tuh.

So tu dia my point. Eh, ingat laki je ke memilih? Most guys nak yg cantik2. Lawa2. Kadang tu,tak reti masak pun takpe, boleh makan luar. Janji comey. Aduuuiiii... Laki je nak yg lawa2? Hah~ aku pun sama. Nak yg hensem. Macho2 je. Harharharhar~ kan dah terkena. Takde nye sama maksud dgn korang. Aku nak hensem tang lain.

Nak hensem dari segi dalaman. Nak yg jaga solat terutamanye. Pastu tak merokok. Then nak yg educated. Tu sebenarnye syarat mak aku. 3 bijik je. Tapi kalau korang tgk baik2, mmg merangkumi semua.

Jaga solat means dia meletakkan agama di tempat yg sewajarnye. Orang yg jaga agama ni, insyaALLAh dia boleh nak jaga semua. Boleh jadi pemimpin yg baik utk keluarga. Ni yg penting. Sembahyang tak mau tinggal haa...

Then yang tak merokok ni means dia jenis yg jaga kesihatan. Sayang badan. Dari bakar duit beli rokok,lebih baik bagi bini. Org yg jaga kesihatan ni boleh mewujudkan generasi yg sehat. Zuriat yg baik. Ada jaminan anak aku bestari. Nanti aku masukkan dalam sekolah SAMBestari.

Kemudian yg educated ni bukan maksudnye kena ada Master atau PhD watsoever tapi maksudnye ada pekerjaan yg baik dan terjamin. Pekerjaan yang tetap. Tak lah keluarga terkontang kanting kot2 suami hilang pekerjaan nanti kan.

So pada aku, ada 3 menda alah ni, hensem lah tu. Tapi kalau dapat yg hensem betol, memang bonus la. Mcm Orlando Bloom ke... Jensen Ackles ke... harharhar~ Oh tidak2. Jangan salah faham. Aku bukan kesah dari segi rupa.

Tu syarat mak aku lah. Boleh la kalau nak jadi syarat aku sekali. Selain dari syarat mak aku tu,i prefer guys with brains. With brains ni bukan maksudnya yg high educated ada Master PhD segala. It means smart guys. It could be anyone. No offense tapi kdg2 ada gak guys yg takat SPM dgn result with flying colours tapi tak berkesempatan nak smbg belajar kan. But they are smart. I respect them too. Guys yang reti nak handle stuffs. Memahami. Hormat orang pompuan. Tak ego. Tak cepat melatah sebab org pompuan je cepat melatah. Harharhar~ Pastu tak terhegeh2. Relax. Jenis slow but sharp. Cool. A very good listener. Not judgemantel. Low profile. Caring. Akal pikiran tak cetek. Boleh borak pasal apa saje. Memahami. Sensitif with a women’s need. Tapi tak over dan slumber. Ape lagi ek? Haa.. basicly mcm tuh la. I can get along with guys like this.

Ye. Aku tau aku dah tua. Dah 27. Mmg umur kena kawen. Bla bla bla. But get a grip la wei~ Kawen bukan pasal nak buat anak je. It’s a lifetime journey. A journey that I don’t want to regret later. Buat ape kawen awal2 then baru realize tak serasi sebab tak sekepala sebab tak sependapat sebab tak sekapal sebab tahap toleransi yg rendah in many things and so on? Biar lah kawen lambat anak seorang dua dari kawen awal anak satu team bola tapi berderai gak in the end. Sorry. Ni statement general je. Aku tau ramai je yg kawen awal dan bahagia hingga ke anak cucu. Tapi tu dah jodoh korang. Jodoh yg bertandang awal. Dah jodoh aku lambat sket. Dan tak perlu letakkan simpati pada insan yg berjodoh lambat sket ni sebab kebahagiaan bukan terletak pada awal atau lambat nye sesuatu jodoh. Dan tidak. Aku bukannye berbaur frust, kecewa or whatsoever. Jauh sekali nak berlagak. I am just being me. Jenis cakap direct to the point. Jenis yang tahu apa yang aku nak dalam seorang lelaki a.k.a suami.

Frankly, yang byk tanya ni adalah org lelaki. And yes. They do have one thing in mind biler tiba bab org pompuan kawen lambat nih. Bukan aku nak nafikan tapi org pompuan ni bile bab kawen, dia pikir hal yg beza sket dari laki. Sense of security tu penting. Sense yg membuatkan perempuan rasa selamat. Selamat dari segi makan pakai dan minum. Menda2 asas. Then rasa selamat dari segi hati dan perasaan. Plus rasa selamat dari penculik2. :p Memang rela je kawen lambat sket asalkan dapat laki yg boleh bagi sense2 nih. Kalau takde sense ni pada laki tuh, mmg cepat je rasa nak angkat kaki. Aku tak lah strict sangat tapi at least basic line tuh boleh lepas lar. Plg penting, solat tak tinggal. Berat sangat ke syarat ni?

Ye aku tau aku bukan lah bagus sangat. Tak perfect. Masalahnye ada ke org perfect? Aku memilih ni ialah dari segi aku tak nak org hisap dadah. Tak nak org baru kuar penjara. Tak nak dari geng2 mafia. Tak nak orang tak reti jaga sembahyang. Tak nak orang takde kerja. Tak nak mat rempit. Tak nak budak sekolah tak habis. Tak nak orang2 yang sewaktu dengan nye. Ye. Aku memilih dari segi ini semua. Salah ke?

Hence, my point is there. Like I use to say, I don’t want any boyfriends. Just a husband. And my husband doesn’t come in a form of a boyfriend. It comes in a form of a friend. A very best friend. Cause friends don't stab each other and usually they stay honest and loyal. ;-)

PS :- Rasa nak print out entry ni pastu kasik kat pakcik Salleh belakang rumah ni ha. Huh~

Wednesday, February 20, 2008

Orait then~*

Wah~ Hangat. Mmg hangat~ kalau aku biar entry bawah ni bertapak kat atas ni lagi, maunye komen jejak 100. Segan lah pulak sebab rasa nye ni blog cipisan je [chewah.. betol ayat aku nih?] Tempat aku membebel sorg2. Kalau ada org nak komen2 pun, untunglah kalau jejak 10. Habis ramai lah tu. And I dont usually talk about serius stuffs except menda2 santai2 je. Gedik2 takde. Bukan santai gedik.

So basicly I want to thank you those that made the effort to drop by and share their thoughts and opinion. Aku jugak yg ajak kan. But really, I don’t even care what side you are but it’s the least I can do to create a lil awareness of whats going on around us. You cant runaway coz our election is getting out from that corner soon.Some say I talk a lot and less action. For me, discussing to make people realize of what is the right and wrong is an action. An effort. Or at least to move their brains to think before they act. Different people with different opinion has their own way to stand up for that right. And as the matter of fact, it makes me realize now it doesn’t matter what side you are, what matter is where you stand. And the place you pick to stand determines your pentadbiran negara pada masa depan dan menentukan cara hidup generasi kita akan datang [clearly my English is getting rusty~ :P]

Also thanks to those that is concern enough for my mistakes and pardon me of my harsh of words yet I’m not bother to betolkan sebab I’m a bit malas now as I’m getting ready to sleep sebab esok pagi nak kena bangun awal masuk kelas mengajar~ ;p thank you thank you but I guess I’ll just stop for now. Stop bercerita bukan bermakna aku give-up or whatsoever. Stop as nak membagi ruang balik pada pembaca2 asal blog nih yg kepingan story2 mulus dan telus dari aku yg sedang bersantai ini. But maybe lah kan, biler election nak dekat2 lagi nanti, kot2 terada mood nak conteng2 pasal election , aku conteng je nanti. Pastu biar je entry dlm seminggu kasi komen naik sampai 50 bijik. Dapat feeling blog hangat la sket walaupun tak sehangat blog Ida Nerina. Hehe~

Ok lah. Aku dah start merepek mcm biasa. Bagi yg tak biasa, jangan terkejut. Takde dah nak cerita pasal perjuangan dalam ni. Sesekali je bukak topic hangat tu. Kasi panas sket. Sebab biasanye aku sejuk. Lebih2 lagi biler air-cond bilik hotel ni aku tak reti tutup. Dan aku nak cerita menda lain sebenarnye ni. Citer pasal BN BA BB BC BD akan aku bukak lain kali mengikut mode okeh~

Tadi aku tengok wayang citer Jumper. Citer pasal manusia boleh teleport dari satu tempat ke tempat lain. Lompat sana sini sesuka suki mana2 ruang yg ada kat dunia nih. Giler best! Kononnye org2 mcm ni wujud lah kot di kalangan kita tanpa kita sedari. Cuba korang check korang ni boleh teleport tak? Kalau boleh, tolong contact aku segera sebab aku nak pergi ke Paris sekarang jugak! Pastu ke Maldives, then ke Rom pastu ke Spain! Harhar~ Ha apa? Ha ye la ye la… korang teleport aku ke Mekah la dulu. Umrah pun aku tak pernah buat lagi. Ada sesiapa nak tolong sponser?

Ok lah. Tengah mamai dah ngantuk sgt ni. Nak tidor. Lain kali aku bukak citer lain.

Selamat bermimpi indah~

Sunday, February 17, 2008

Kerajaan sekarang? Boleh blah~*

Haaa… mcm mana aku nak mulakan ye? Aku tau ramai tak berapa nak masuk cmpur hal ni. Tapi lagi ramai yg sibukkan hal nih. Lagi2 pilihanraya ada kat sebalik corner tuh je. So takpe. Apa2 pun korang baca dulu. Kalau malas baca, skrol je sampai penghujung entry ni pastu tulis kat comment bawah tu ”no comment”. Kalau malas jugak, tutup aje blog nih. Habis cerita. Heh~

Aku malas nak citer menda2 korang tak nmpk. Nnt korang kata aku takde bukti walhal bukti ada je depan mata aku ni ha. So aku sentuh hal2 yg memang ada depan mata korg. Pertama sekali, surat lahabau.. eh.. surat khabau dok kutuk pasal negara kebajikan yg bakal PAS syorkan andai mereka memerintah. Oleh kerana aku ni semngt inkuiri yg tinggi dan curious secara membabi buta, so aku dapatkan lah maklumat pasal kebajikan yg hendak ditawarkan dek PAS itu... so here are the list :-
(panjang nih)

- Biasiswa (yaaa.. naikkan elaun belajar- tak ke syok?)
- Pendidikan percuma di semua peringkat negeri. [ya.. bukan setakat free RM4.50 tu je]
- Menghapuskan tunggakan PTPTN [ini sgt syiioook!]
- Penghausan yuran pendidikan [mmg patut dari dulu pun..]
- Penurunan harga minyak kepada satu tahap yg munasabah [negara kita kaya minyak ok]
- Khidmat kesihatan percuma [mulianye kerja doctor]
- Penghapusan Akta Universiti Universiti dan Kolej Universiti [yess... hak kebebasan mahasiswa dikembalikan]
- Meletakkan Petronas di bawah Parlimen, bukan bawah Perdana Menteri [sumpah aku tak tahu selama ni PM yg kontrol Petronas? Patut la...]
- Rapatkan jurang kaya miskin dan memastikan gaji minimum RM1,200 [baru lah kurang kes pengangguran... tak ramai nak memilih kerja]
- Melebarkan golongan kelas menengah kepada semua kaum bagi memperkukuhkan ekonomi rakyat [nmpk adil je..]
- Pertumbuhan munasabah dalam sektor yg menjana pekerjaan [aku belom kerja lagi... huhu~]
- Dasar makanan yg memelihara ’kemerdekaan dan keselamatan negara’ [ni aku tak paham sket..]
- Menolak perjanjian perdagangan bebas (FTA) yg mengancam pelbagai industri dan pentadbiran dlm negara [any economist yg boleh terangkan aku hal nih?]
- Tamatkan pemberian AP makanan seperti gandum, beras dan gula bagi mengelakkan monopoli yg mencekik pengguna. [laa.... selama ni menda2 basic ni di beri AP ke? WTF~?]
- Tingkatkan kualiti hidup nelayan dgn bantuan kerajaan dan persatuan nelayan capai pendapatan melebihi RM1200 [betol tu.. ingt senang ke kerja nelayan? Tak caya, tnya nurul syuhada pengacara Majalah 3 tu. Sape tak menangis tgk susah payah kerja nelayan tangkap ikan nih, mmg hati katak ler]
- Membuka ladang2 baru untuk ditawarkan kepada generasi kedua Felda dan mana-mana rakyat yg memerlukan [memang patut pun]

So there you have it, sebahagian kebajikan yg ditawarkan oleh kerajaan pembangkang andai mereka memerintah. Mcm best kan?

Aku bukan nak kutuk lah tapi nak mengata je. Memang aku nak sentuh hal minyak dan tol sebab itu menda depan mata korang. Kalau aku ckp direct, semua boleh paham kan? So, kalau anda bijak bestari, kenapa negara kita pengeluar minyak yg kaya masih mengalami kenaikan harga minyak? Ada org tu kata, sebab kualiti minyak kita lebih sesuai utk penghasilan high degree apa kejadah aku tak paham. Boleh tanya org kimia nanti. Yg pasti, dia nk ckp minyak negara kita ni tak sesuai utk buat petrol kereta. Fine~ dah tu kalau jual kat luar, sure lagi untung kan? So soalan cepu emas seterusnya, mana pergi nye keuntungan minyak negara kita? Meh aku kasik statistik...

Tahun 2005, petronas untung kasar RM58.037 bilion. Tahun 2006-RM70.200 billion. Tahun lepas-RM76.300 billion. Member aku yg kerja pelantar minyak ckp minyak yg dikorek dek pelantar sebijik adalah dlm RM10juta satu hari. Negara kita berapa byk ratus pelantar? Dalam setahun ada berapa hari? Haaa.. kira sendiri.

Ni aku sentuh pasal untung Petronas je, bukan untung dari segi pelancongan ataupun menda2 lain lagi. So dengar je dulu aku citer psal minyak sebab korang makan minyak hari-hari kan? Kalau amik RM10 billion dari untung petronas dan tampung subsisdi minyak, kita mampu turunkan harga minyak dgn mendadak. Amik lagi RM10 billion utk pendidikan percuma [yes my dearies and darlings yg study2 kat oversea tuh, elaun anda boleh naik mendadak plus pergi sekolah mak bapak tak risau pasal satu sen pun], keuntungan negara masih byk. Takat KLCC petronas tu? Baru RM1.8 billion je. Maintenance KLCC? RM108 juta setahun. Tapi kan.. kan… KLCC tu orang kita punyer ke? Haprak! So parti pembangkang cadang, bubuh Petronas bawah Parlimen dan tumpukan kekayaan hasil minyak utk pembangunan potensi insan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D). Cakap aku ni berdasarkan sumber dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri. Korang tak puas hati, ckp direct dgn beliau.

Tol? Alaaaa.. malas cakap boleh? Tol naik naik dan naik. Perjanjian konsesi konon. Sape yg pegang konsesi tuh? Tak ke kroni2 mereka? Siap warning siapa2 yg cuba dedahkn akn dikenakn tindakan ISA. Budusss. Setiap kali aku masuk lane Touch n Go tuh, mmg rasa nak lempang je mesin tuh. Ni aku nak kasi statistik fakta nyata tak payah kira. Kereta kat jalan raya makin banyak, so kereta yg lalu pun makin banyak. Tol pulak mengada2 nak naik jugak? Nasib baikkkkkkkk lah toilet kat R&R Plus tu bersih giler harum semerbak dan FREE. Kalau masuk kena bayar jugak 20posen, sumpah aku bomkan aje toilet tu. Gatal sangat pergi private kan PLUS tu sape suruh. Semua nak kaut untung aje...

Pendidikan. YA Allah.. gatallll telinga dgr mak aku membebel pasal aku kena berhutang belajar nih. Dulu zaman mak aku belajau, segala2nye free. Yuran ke buku ke hape, semua free. Zaman sekrg, budak keluar dari universiti dah kena tanggung hutang. Kerja tak lagi. [aku ler tuh] Education sepatutnye PERCUMA dari segala segi. Sebab itu hak kita sebagai remaja bawah umur. Ada org kata, kang budak2 tak sedar diri pergi clubbing lah bazir duit lah hape. Kalau Pas perintah, ingat clubbing ni legal? Jaaangan harap! Takde clubbing or disco, takde lah bazir duit. Bazir beli menda2 lagha? Bukan ke aku sebut tadi education sajor? Means yuran sekolah/universiti serta buku rujukan itu percuma. Kalau nak kasi elaun pun, kasi yg cukup2 makan je lah. Kalau habis jugak, tu masalah budak2 yg tak reti nak jaga duit lah. Then baru aku setuju kerajaan nak hentam balik rakyat terdiri dari budak2 sekolah yg tak sedar diri ni. Ok? Kerajaan kan tegas. Korang pedulik hape budak2 byk bunyik kan? Sebab dah jalankan tugas dgn adil dan saksama. Yaa... ini aku setuju! Tapi mak aku dulu belajar free, aku belajar sekarang kena berhutang, tak adil tau!

Pastu ada org hentam kata aku tak sedar diri dah ada tempat belajar kerajaan bagi tapi mcm org tak bersyukur. Ye aku bersyukur. Aku bersyukur lepas belajar aku kena bayar balik segala yuran yg aku hutang kat universiti? Hello... aku kena bayar balik kat kerajaan yg tampung universiti tempat aku belajar tu? So, mana ketulusan kerajaan dlm menyediakan tempat belajar utk aku? Ikhlas ke mcm tuh? Kalau hapus hutang PTPTN aku, ye aku akn sujud syukur.

Media? Macam lembu kena cucuk hidung boleh? Langsung takde kebebasan bersuara. Kata sorg tu, tak nak lah keluarkan statement2 yg boleh menyentuh sentimen dan hal2 peribadi negara yg boleh menyebabkan kucar kacir. Malu kat org luar nanti. Aik? Kalau takde apa2, apa nak malu? Kenapa susah sgt nak dedahkan secara telus? Kes demo BERSIH tu, ape kejadah media dok hentam tak tgk perkara yg sebetolnye? Kalau kerajaan ni telus, rakyat tak mengamuk tau? Kalau media ni telus, takde masa nak buat demo tau? Dah TERPAKSA buat demo kerana itu saje cara nak dapatkan perhatian dlm hak keadilan yg sebenarnye. Dan ISA pulak adalah menda sexy yg mencabul hak asasi manusia. Buat malu je negara kita ada ISA ni. Takde chance langsung nak bela diri. Setiap org yg bersalah ada hak utk dibicarakan. Tapi dgn ISA, langsung mulut kena gam, kaki tangan kena ikat. Sape2 tak nmpk gak pasal ISA ni, direct aku cakap, bongok boleh?

Ekonomi? Aku malas ckp byk. Aku bukan org ekonomi, aku org sains. Sebab aku pun tak baca paper seksyen ekonomi. Tahu sikit2 je lah. Pasal Proton. Hicom. Pasal CIMB. Pasal pembaziran bon kerajaan sebyk RM3.8 billion. Pasal Bail-out MAS sebyk RM668.8 juta. Pasal KLIA RM9 billion. Pasal Formula 1. Pasal Bank Islam. Pastu pasal apa ntah lagi ntah. Dapat tahu pun melalui member2 aku yg kerja kat tempat2 tu. So sumber2 aku sahih, bukan dari sumber surat lahabau. Malas nak ungkit sebenarnye. Menda dah lepas. Cuma aku harap takde jadi lagi la lepas nih. Membazir duit cukai mak pak aku je.

Aku bukan kata parti pembangkang itu perfect tapi sekurang2nye mereka menampakkan pemimpin yg menegakkan agama ALLAH. Mostly perkara yg hampir benar lah. Kalau lah Barisan Neraka nih menegakkan hukum ALLAH, mmg aku sokong je tanpa ragu2. Sebagai contoh, ada sorg berkot kolar putih ni sarankan, kalau boleh diadakan bulan membaca, apa kata diadakan kempen bulan solat? Pastu dihentam dek org jubah kopiah ni ckp, kalau dah Islam, mmg semayang hari2 tapi kalau membaca ni bukan hari2. So tak perlu buat kempen bulan solat. WTF? Solat tiang agama, tak tau? Tak membaca, takde dosa tapi kalau tak solat, berdosa besar tau? Besar hikmahnye buat kempen bulan solat nih. Kesimpulannye, bukan semestinye aku sokong org2 kopiah jubah ni, aku sokong org yg tegakkan perkara yg benar je. Dan org yg berkot kolar putih itu adalah org PAS dan org yg berkopiah jubah tu adalah org BN. So toksah lah nak cetekkan fikiran menilai org dari kulit buku aje okeh. Kerana aku bukanlah macam tu.

Menda2 yg aku cakap ni tak sampai 10% dari apa yg ada. Banyak sangat kalau aku bukak cerita. Bukan lah nak kata kerajaan sekarang langsung takde kebaikan, tipu lah tuh. Tapi itu dulu. Kerajaan BN dgn tampuk kepimpinan dulu mmg telus. Nenek aku pun sokong. Tapi biler dah makin lama nih, dah makin seleweng lar. Kebaikan mmg ada tapi dah nampak lagi byk keburukan dari kebaikan. Dalam Islam pun ada kata, kepimpinan pemerintah tak boleh lebih dari 10 thn kerana kuasa yg dipegang itu nanti akn melahirkan ketamakan haloba. Kerana tamak itu adalah sifat semulajadi manusia. Dah lama sangat BN memerintah. Jemput lah turun dan beri peluang pada parti kepimpinan yg lain.

Kepada yg sokong saya, terima kasih saya ucapkan tapi saya SANGAT2 mengalu2 kan seluas2 nya komen2 dari mereka bertentang pendapat dgn saya. Saya sangat menghargai andai korang yg nak hentam saya balik ni, siler jgn hentam membabi buta tanpa fakta. I need facts! Ckp tanpa fakta bagaikan tin kosong ada batu sebijik. Goncang2kan ada bunyi bising tapi isi kosong! Org yg low mentality adalah org yg menghentam dan kutuk saya sambil mengeluarkan kata2 tuduhan melulu seperti tuduhan PAS ni bagaikan anjing menyalak kat bukit. Jangan lah menampakkan kebodohan diri anda. Sangat kasihan kerana saya tak layan org2 low mentaliti mcm ni. Bidaskan lah statement saya dgn fakta2 anda. Kemukakan hujah2 anda. Baru lah bijak! Andai ucapan saya mcm org tak sedar diri, siler sedarkan saya. Saya bukan nak tunjuk garang. Bukan nak tunjuk pandai. Jauh sekali nak berlagak. Saya sekadar nak tunjukkan sokongan kepada pemimpin yg tegakkan perkara yang BENAR. Tu sahaja. Dan melalui statement ini, ALLAH menjadi saksi saya laksanakan tugas menjadi seorang pejuang dlm menegakkan perkara2 yg BeNaR~

Sebab ni je yg aku mampu buat...



Masih lagi sokong BN? Maaf, saya cukup bersimpati dgn anda...

(klikkan pada perkataan comments kat bawah ni dan muntahkan pendapat anda sepuas2 nye)

Thursday, February 14, 2008

Siapa kata?~*

I’m in the lobby hotel now. Sangat hampeh kat bilik tak dapat wireless. Line internet kejap kokak kejap elok. Kalau elok tuh, memang selow melow. Pastu lepas isyak tadi aku tertido sampai lah ke sekarang nih dah tengah malam aku terjaga balik. Penat. Ber’seronok’ lah aku jadi kelawar malam nih. Chatting? Takde2. Aku dah malas. Sape tegur2, siap aku hisap darah diorg.

Tadi aku gi UIA versi Kuantan punyer. Jumpa member lama. Bapak lah sunyikkk je. Aku dah ragu2, ada org ke dalam nih? Aku gi makan kat kafe dia pun, sunyi gak. Org ramai masuk pun sunyi gak. Diorg ni tak bercakap ke? Borak pun mcm bisik2 je. Kalah dewan kuliah aku. Aku rasa lecturer aku tentu seronok nak masuk mengajar di kafe nih. Tak bising.

Pastu area dia mcm padang tekukur padang jarak. Maybe tempat baru kan, so byk lah bangunan2 baru naik plus ada bangunan belum guna lagi. Pastu ada satu kepelikan di mana ariel celcom di pasang pada sebijik van. Dan menurut member aku, van tu dah ada kat situ selama 4 bulan dah. Tak gerak2. Pastu bertelagah pasal van celcom tu je. Aku cakap elok lah pasang kat van sebab removable. Pastu mmber aku cakap membazir sebab dari pacakkan ariel celcom kat van, lebih baik van tuh digunakan dek amoi bawak sayur gi pasar. Betol gak. Ntah ler. Then aku tanya, Siapa Kata ariel celcom tak boleh pacak kan kat van? Aku rasa patut tambah ayat tu dalam iklan diorg. Baru lah takde sape nak persoalkan apa2.

Hahahah~ depan mata aku ni ada tv. Citer lama Nicholas Cage and Lara Flynn Boyle berlakon. Pastu ada part Nicholas tumbuk2 org jahat tu pastu org jahat tu terjatuh. Dada dia tembus tertusuk kat pedang patung tu. So ikut logic nye, terus mampus la org jahat tu kan. Ni tak, org jahat tu siap boleh sembang2 kosong lagi dgn Nicholas Cage. Tak reti2 nak insap lak tu. Nak mati berlagak. Tak mampus2. Harharhar~ Tu yg aku tergelak tu. Ingat kan citer hantu Indon je yg terror bab2 nmpk fake ni. Harharhar~

Ok lah. Kepala otak ku dah kosong tak reti nak citer apa. Unless korang nak aku bercerita pasal fiber optic ke prinsip basic telecommunication ke, boleh la. Citer pasal wireless and macam mana signal di hantar. Pasal broadband and broadcast. Pasal spectrum electromagnetic wave yg menghantar isyarat maklumat. Bla bla bla. Tapi malas lah. Citer2 cili BOH ah SAN ni aku tak rasa layan. Kalau nak tau jugak, pergi tanya Ah San. Harharhar~ Ok2. Aku dah start merepek.

Alamak.. Orlando Bloom dah keluar TV. Dia kata nak jumpa aku. So I have to go now. Korang duduk diam2 and jadi budak baik ye macam aku.

Dapatkan hari yg indah @ Have a nice day.

Peace~! (^_^)v

Wednesday, February 13, 2008

Mau tenang2~*

Cak~!!

Haiyaaa.. mood masih lagi sgt the malas nak menulis. Sekarang ni saya sedang bermalas-malasan di bilik hotel kerana mood asal belom kembali lagi. Tapi macam rasa bersalah lak tak hapdate, so here I come to drop down a word or two.

Nak citer pasal apa ek? What I do here? Bosan2 je. Pergi kelas ngajar, then balik. Takde buat apa. Bergoyang kaki senang lenang sambil tgk astro ni tunjuk seorang wanita gagah menolak mangsa dia tembus dinding. Ntah. Tak paham aku.

Hmmmm…

Pernah tak korang hilang mood giler babeng? Lepas satu satu. Tak cukup dgn masalah sendiri, pening dgn prob member lagi. Then adik beradik lak buat hal. Memang malang tahap tangga bertimpa2 dengan kerusi meja lah ni. Tapi apa nak buat? Sabau je lah. Nak marah pun tak guna, nak sabar sgt pun, tawar hati dah bertandang. Nak cakap pun dah tak reti. So how? Bengkak kan je lah hati tu... biar kasi meletup kebaboooommm... harharhar~ berbaur bahaya tak? ;p

Nasib baik sini ada Teluk Cempedak. Best banget pantainye. Ada air laut. Ada angin bayu berbahasa sepoi2. Ada pasir. Ada istana. Pastu ada kura2. Ada layang2. Kura-kura main layang2 dalam istana. Tenang aku tengok kura2 tuh bermain di pesisiran pantai. Jeles2~

Pastu kesal tak bertepi. Kamera tak bawak! Sebab confirm korang tak percaya kura2 main layang2 kan? kan? Cessss~~ tapi takpe. Minggu depan datang lagi. Please remind me ok.

Hah! Elok je aku bukak TV1 ni ada Suki nyanyi lagu cina. First time aku tgk dia kuar tv sejak dia menang sejuta tuh. Byk tu duit kemenangan. Apa dia buat? Album mana? Membazir jek. Baik kasik Faizal Tahir. Kalau kasik dia, tentu takde kes dia bukak2 baju nih. Sebab dia outstation buat lagu over the sea. Tak pun kasi aku pun boleh. Boleh buat belanja2 korang kan. Takde la nampak aku kedekut sangat kan? Hehehe~

Ok lah. Penat nih. Bukan letih badan je, letih minda sekali. Haaa alang2 tu, ni nak kasi tau pasal parlimen baru je dibubarkan tadi. Perasaan aku? Ntah nape ada lega sket. Tak sabar nak tgk barisan parlimen baru. But again baru terpikir, is there any point?

Ok lah kengkawan. Rihanna dah kuar tv. Nak pi layan. Adoisss~~

Thursday, February 07, 2008

Merah~*

Semalam kan….

Saya jakun katak~ Dah lama tak pergi sunway. Sekali biler datang, flyover dah berbelit2. Memudahkan pengguna jalan raya menyelit2. Tengok jaya jusco dah naik, saya jadi ralit. Harhar~

Ok2. Raya cina semalam saya pergi sunway pyramid. Shopping2 barang sket sebelum nak pergi kuantan esok. Ye saya berdating. Dengan Fina. Sangat best datang Sunway yg dah byk berubah. Nasib baik ice masih ada. Nak datang skating sini lain kali. Sape nak join?

Disamping barang2 lain,saya beli beg balik kampung. Kaler merah menyala! Hahaha~ hamik kau~! Dari jauh saya boleh nampak beg tu biler keluar dari kargo. Sangat tak best lepak tepi railway tunggu beg keluar tuh. Setiap beg kena tengok betol2 sebab kaler dah sama, dan perlukan pemerhatian yg berlebihan utk mengenalpasti bentuk beg kita. Kaler merah menyala mencapup pun mencapup lah, janji itu beg saya, takde siapa dah nak terambil! Hehehe. Last time pakcik tua terambil beg saya.. aduhai~ kenapa la hidup ini tak boleh jadi mcm dalam filem di mana jejaka2 cute sahaja yg terambil beg kita? Huhu~ Dah2. Hidup kita bukan sebuah cerekarama.

Photobucket

Her name is Elle Red. She was on 70% discount. Am i lucky or what~?

Pernah tak korang dengar lembu takut dgn kaler merah? Ke lembu ni naik angin tengok kaler merah? Lebih kurang lah. Yg penting, lembu memberi respon pada kaler merah nih. Haa... betol ke?

Masa saya kecik2, i had my mind preset on this cow and red stuff. But you guys don’t worry, I already had my experiment on it. So here’s the result..

Before that, wanna let you guys know that, sejak kecik bermula umur 4 tahun, setiap kali raya puasa, baju raya saya mesti kaler merah dan raya haji kaler hijau. Tak kira lah fesyen apa. Macam ter otomatik jadik gitu. 10 kali raya jadi mcm tu sampai tahun raya ke-11, saya protes tak nak pakai baju raya tu sebab kaler dia merah. Hehe~ sejak itu, baju raya takde kaler merah dah.

So nak dijadikan cerita, masa raya puasa, saya balik Kelantan. I was 8 yrs old that time. Dengan baju raya kaler merah. Masa tu baru balik UK, first time lah jakun balik kampung. Rasa best sebab saya ada cottage sendiri rupanye. [biler tanya abah apa maksud kampung, dia kata cottage~ habis malas nak layan ckp anak la masa tuh...]

Sampai kampung, mcm2 la jadi. Budak tak reti ckp melayu balik cottage, dengar pulak org keliling kecek kelate, terpinga2 beb! Menyampah betol. Org gelak2 biler nak bercakap dgn saya. Terasa bodoh je sebab tak paham ckp org. Feeling macam saya melawat negara Arab. Tak faham hape. Ada kat rumah Tok Mat satu hari tu, malas layan sepupu, saya keluar mecari ketenangan sendiri. Dengan baju raya kaler merah.


Pastu ternampak lembu tertambat kat pokok. Waaahh.. sangat best dapat tgk lembu. Terus kepala keluar hipotesis, lembu naik hangen biler tengok kaler merah. And i’m in red. Hehehe~ *gelak evil* Being a notty girl i am, I went towards the cow. Brown cow I remember. Pastu saya angkat skirt. Sua2 kan pada lembu tuh. Dia buat tak layan je. Cesss.. kurang hasam! Then i went nearer. Eksen the cow with my red skirt. Then lembu tu angkat kepala. Tengok je budak kecik giler hape dok menari2 depan dia. Harharhar~ Sangat seronok pada masa itu. So saya datang dekat lagi.

Then dia mendengus. But a notty girl like me, kalau takut dengan lembu tak macho lah kan. Heheheh~ Saya masih menari2 dengan skirt merah masa tuh. Then without warning tiba2 je dia start berlari. Towards me! Waaaaaaaa…. Terkejut! Then saya angkat kaki langkah seribu. Tau pulak takut!Harharhar~ Padan muka masa tu! Tapi saya sgt konfiden dapat berlari lebih laju dari lembu tu, so saya tingkatkan pecutan larian melawan daya geseran angin yg boleh diabaikan sebenarnye. Hehehe~ Ntah hape jadi, masa tgh lari tu, tetiba je lembu tu dah tak de. Biler toleh belakang, lembu tu terikat kat tali rupanye. Selamat! Sampai ke hari ni, saya tak sempat nak ucapkan terima kasih pada tali tu kerana menyelamatkan nyawa saya.

So, you guys can thank me later sebab korang dah tak payah susah2 nak buat ekseprimen. Hipotesis dah dibuktikan benar. Kaler merah memang buat lembu naik hangen~

Gamble je~*

Ada org tnya, macam mana nak apply smbung master. Basicly ini lah menda yg aku buat...

Aku masih mengajar kat SAMBEST masa aku ada hati nak sambung master ni. Anak murid aku punyer pasal lah. Sape suruh diorg semngt2 sgt belajar? Tak pasal2 semangat tu meresap masuk dalam jiwa aku jugak. Aku tahu aku jenis malas tapi gatal jugak nak sambung belajar. Student aku punyer pasal lah nih! Cesss~~

Since aku duduk di kawasan setinggan bangi, tempat yg plg dekat adalah UPM dan UKM. Berbekalkan kepala aku yg takde apa2, tak tahu apa2, tak kenal siapa2, entah hape2, aku gamble masuk UKM dulu. Redah carik fakulti sains. Jabatan fizik. Aku rempuh masuk pejabat am dia. Jumpa makcik cleaner tuh, tanya mana aku boleh dapat borang nak sambung belajar kat sini. Dengan gaya seorang lecturar pegang mop[bergaya jugak makcik nih], dia gi tunjuk kat sorg kakak tu. Maka, dgn kakak tuh lah aku bertanya apa2 saje aku nak tnya. Dah makan ke belum. [ye benar, aku bertnya soklan ini]. Anak berapa org. Duduk mana. Masak apa hari nih. Harharhar~ takde lah. Aku tnya lah apa2 yg patut. Nak smbung belajar mcm mana etc. Pastu dia guide aku pergi tempat kat atas bukit tuh. Amik borang kat sana etc.

Tapi aku tak gi naik bukit tu. Macam malas je. So aku usha2 tempat dia dulu. Aku gamble masuk area jabatan fizik tuh. Terasa diri bagaikan alien yg kerdil. Aku masuk jalan sana. Keluar jalan sini. Magik betol. Pastu sesat nak cari kereta sendiri. Tapi yg pasti, tak bestnyehhh UKM ni! Bapak la gelap je jalan2 dia. Kalau buat shooting filem Ju-On pun boleh jadik gak ni. Seram aku! huhuhu~~

Pastu aku chow pi UPM lak.

Sampai sana.. waaaahhh.. sgt meriah nye fakulti sains dia. Ada belon2. Bunga2. Kain2 rentang bagaikan menyambut kedatangan. Pastu ada mercun2. Harharhar~ takde lah. Tapi belon tuh betul. Pastu sgt mudah je nak jumpa pejabat am dia. Pasa masa itu, kepala otak aku dah tahu, kalu nak sambung master, kena ada supervisor. Jadi aku gi pejabat am. Pastu terkenal Kak Aina. Nsb baik Kak Aina sgt sporting memberi nama2 lecturar beserta sifat2 mereka seperti lecturar garang, lecturar bosan, lecturar sporting, lecturar laju, lecturar lembab dan lecturar sembap. So aku tick satu2, pilih bidang aku nak. Aku target bidang nuclear2 radiation2 masa tu. Aku jumpa sampai 3 lecturar termasuk supervisor aku yg sekarang ini. Dia sgt menarik perhatian melamar aku. Jadi aku terima. Sebab dia kata nanti dia kasi duit aku buat projek dengan dia. Harharhar~ Takde2. Projek kami bersih ok. Sangat the best. Owh! terus dah pikir, aku boleh quit kerja pada masa itu. Hehehe. Biler dah terima dia, aku jumpa kak Aina balik. Then Kak Aina kasi tau Graduate School of Studies. Tempat utk aku register master nanti. Pastu aku ke sana jugak. Aku gamble tnya apa aku perlu buat. Pastu kena isi borang. Cop sana sini. Sah kan itu ini. Tanda tangan begitu begini. Borang dihantar kembali. Pastu aku duduk diam2 atas kerusi tunggu surat offer sampai. Aku bujet dah senang dapat sebab lecturar aku dah carik sendiri. Proposal pun dia yg tolong buatkan. So hidup aku dah senang.

So tu lah dia perjalanan aku nak apply master. Satu jer perkataan aku guna dlm usaha ini. GAMBLE! Aku gamble mana2 aku suka. Gambleje jumpa sape2. Gamble tanya apa aku rasa nak tnya. Gamble je usha tempat. Tengok best ke tak. Ada mat2 hensem ke tak. Harharhar~ ternyata UPM menang dlm perjudian ini. Both uni aku tak tahu apa2. Tak kenal sape2. Tak sure nak buat apa. Entah apa2. Seorang2? Aah. Aku buat semua nih sekor2 je. Takde siape sudi teman. Sangat kasihan kan?

So itu lah langkah2 aku amik. Sape2 rasa boleh ikut, gamble je lah~ Tapi jangan risau, sape2 rasa nak sambung belajar kat UPM, aku takkan benarkan perasaan terkontang kanting seekor2 terbuku dlm diri korg. Sape2 rasa nak sambung belajar kat sini, siler kontek aku. Sape2 rasa apa2?

Tapi satu je nasihat aku, korang toksah gatal nak sambung belajar kalau dah detect diri tu tak rajin. Serius, buang masa je nanti~ ;p

Tuesday, February 05, 2008

Cili BOH Ah SAN~*

Aku boh-san. Sangat. So aku nak heret korang sekali….

Aku bosan...

Duduk2 depan computer.
Baca email. Baca paper.
Tgk tv apa best citer.


Online YM org asyik add merata.
Tapi chatting 7 minit dan 27 saat saja.

Sape2 aku chat pada masa ini bertuah la kira.

Pastu chatting dah malas.
Melompat kat blog orang secara bebas.
Sampai lah aku terbabas.


Blog best2 aku layan.
Yang bosan2 aku ketepikan.
Blog tetap aku pergi ada lapan.


Bila bosan balik, aku start baca jurnal & article.
Pastu macam hampeh ngantuk datang tackle.
Terus head banging layan lagu Micheal.

Tetap kuat smngt taip itu ini begitu begini.

Baca hape2 pun tak paham. Haram betol la ni.
Sampai biler master aku nak habis lagu ni~!!


Pastu buat2 kesal sebab sambung belajar.
Tapi syok biler ingat kerja nanti gaji besar.
Takde2.Jgn mintak aku belanja.Harharhar.

Sambung balik typing tesis.
Sampai paper jurnal tu bau hamis.
Berhenti type bile aku dah start nak nangis.


Ntah hape aku tulis tak paham.
Semua menda aku rasa nak baham.
Kepala ni boleh tak aku nak benam?

Time2 ni la budak2 lab datang buat hampeh.
Ditakutkannye cakap prof nak jmpa aku.Cheh~!
Tolong lah jangan prof cari aku masa2
ni. Tok seh~

Aku tak nak pikir apa2.
Protes tak nak buat apa2.
Jangan sesiapa tanya apa2.

Kembali duduk depan computer.
Jenguk FS lak dan baca paper.
Mood hilang dah tak ader.


Kembali bosan......


Tak cukup bosan? Ni ada lagi…

Direct methanol fuel cells (DMFC) have received considerable attention both as a portable power source and as a replacement for batteries. The available conventional Nafion membranes currently used in hydrogen fuel cells are not suitable for use in DMFC due to their dehydration and instability at temperatures higher than 100EC. Novel composite membranes have been prepared with the help of a sulfonated polyether ether ketone (SPEEK) polymer and a novel solid proton conductor, namely heteropolyacid-loaded Y-zeolite. The novel solid proton conductor has high proton conductivity and high thermal and structural stability because of the presence of Y-zeolite. The conductivity of the composite membranes at room temperature as well as at higher temperatures was found to increase with the incorporation of solid conducting material particles into the SPEEK polymer. The conductivity increased by 3–4 times at room temperature and increased to exceptionally high values at temperatures higher than 100EC. In all cases the presence of the solid proton conductor led to an increase in conductivity of the membranes without detriment to their flexibility. Water uptake of the membranes also followed a similar trend as that of conductivity. The membranes were characterized by XRD, FTIR and SEM techniques, which confirmed even distribution of solid material into the SPEEK polymer. Hence, these low-cost membranes can be considered for use in DMFC for portable devices as well as for medium-temperature stationary applications.

Tu abstrak thesis aku lah lebih kurang. Menda haram aku buat dalam lab nih. Tak paham? Tu la… bosan kan?

Monday, February 04, 2008

Alfa Romeo Spider~*

Budak2 lab dah pergi makan. Aku tak boleh ikut sebab kena tunggu dak Yamman ni buat measurement. Hampeh they all tinggalkan aku dgn lagu2 rock kapak kat laptop diorg. Pastu saje kunci laptop tak nak kasi aku tutup lagu. Mengada-ngada taik kuda. Saje nak menyeksa batin telinga aku.

Pastu terpksa layan budak Naef nih ha. Foreigner student PhD from Yamman bawah my supervisor jugak. Dia nak buat measurement. Nasib baik hensem. Tapi tetap aku tak suka. Sebab kena jadi kuli. So aku main psiko. Mari buli dia balik.

Mula2 je dah buat aku naik hangen. Berani dia pi bukak drawer aku amik probe? That’s my territory! Tak pernah guna line Celcom kot dia nih. But again, nasib baik hensem. Tak jadi sey-park. Tapi aku warning dia dgn lembut lambang gadis sopan.

Mula2 aku suruh dia basuh probe. Biar dia buat sendiri. Orang tgh buat PhD, patut tahu lah nak buat macam mana. Mampus dia pi guna kain bughuk buat lap probe tuh. Ayooo… pakai tisu la dey~~ sket punyer besar roller tisu tu kat sebelah tu nak buat apa? Hiasan? Ke nak buat lap …… kau? Sini bukan tandas dey~~ Cheh~~

Pastu pi basuh probe dgn air pulak…. Yaaaa… Aseton sebotol aku dah taruk tepi tuh. Tapi biler kasi dia buat sendiri, habis dia pi bazirkan aseton tuh pulak. Weii… tu bukan susu murah kau boleh pergi beli kat Carrefour. Kena tunjuk jugak kat dia nih. Sebijik-bijik. Takpe, aku relakan diri jadi kuli utk kali pertama ni. But no-no second time. Buat sendiri nanti.

Pastu suruh dia pi grinding probe. Polishing. Aku penat lah cakap dgn org tak paham bahasa nih. Mmg tak paham pun. Aku dah guna English cakerawala tahap 7 pun tak paham2 jugak. So aku terpksa lah tunjukkan. Satu2~! Siap buatkan satu2. Sambil2 tu dia dok senyum2 cakap thank you 27 ratus kali. Aku hangguk je lah. Sengih2 kerang busuk lak dgn aku. Takpe2. Aku boleh sabau lagi.

Pastu tiba time measurement. Adus~! Malas dah nak citer. Sebab byk sgt songeh dia. Aku dah cakap biar aku buatkan, aku buatkan lah! Masa basuh2 polishing2 tadi dia tak sibuk nak buat. Puas aku meng-kulikan diri tadi. Tang komputer program ni mmg aku nak buat kan sebab aku tak percaya tangan org lain handle. Ada sekali tu gatal tangan dia nak tekan jugak, pastu stuck! Hangen aku. Termaki lak dalam bhs melayu. “Celaka!” Dia tnya apa maksud. Aku jawab, “it means flower”. Pastu dia kata “maybe I can get a bunch of celaka for you because you help me. Ok?” Bujet nak amik hati aku lah tu. Sorry, tak jalan. Aku jawab, “Kepala hotak kau, No need. Thank you” Dia tanya apa maksud tu, aku cakap “it means a very nice sporty car like an Alfa Romeo Spider”. Pastu dia pelik “why are you talking about car to me?” aku jawab, “I prefer you give me a kepala hotak kau rather than a celaka, ok?” Dia gelak2 je bujet aku buat lawak. Dasar tak paham bahasa.

Ni sambil menunggu measurement dia siap, dia dok senget kan diri ngendeng2 sibuk tanya hal aku. Degree kat mana dulu. Duduk dgn siapa. Siapa pakwe aku. Kenapa tak kawen lagi. Bla bla bla. Pastu ayat2 doa. Doa aku akan dapat laki yg baik. Doa aku akan dapat anak yg comel sebab aku comel. Doa aku boleh sampai ke Yamman dan jumpa dia di sana. Doa aku boleh jumpa mak ayah dia terus. Pastu bla bla bla… Uweekkk~ Geli aku! Aku menci nak layan menda2 ni semua lah. Ingat boleh buat baik dgn aku so that lain kali aku tolong lagi. Sorry. Taktik dah basi. Tu pasal last week dia cari aku menyorok bawah meja dalam makmal XRD kat bawah tu sambil taip
resepi roti telur mayo dlm blog. Ni dia bujet aku tgh taip tesis ni, so aku buat2 garang, “please stay there and wait for your measurement to finish. I am busy writing my thesis now.” Harhar~ Sibuk je kat sini. Pi la tgk sample tu. Takkan nak suruh aku temankan jugak?

Aah. Aku garang dgn foreigner student. Tak leh kasi muka kat diorg. They will take advantage on you. Lagi2 mamat Yamman ni ha. Dah tolong free of charge tu satu hal, ni dok main ngendeng2. Geli aku! Dah la tengah lapar tahap ikan paus nih. Makan kau kang tak siap lak PhD tu.

Haaa.. elok lah budak2 ni panjang umur. Bawakkan lunch aku. Tadi Mat Yamman ni nak belanja aku lunch. Kat restoran Iran belakang tu ha. Alfa Romeo Spider kau! Nak kasi tekak aku kembang lagi? Budak2 ni dah bawakkan nasi lauk ikan keli sambal belacan utk aku. Tak kuasa aku nak layan nasi lauk daging hitam daun inai kau tu.

Dah. Aku nak makan. Lapar. Korang dah makan? Jom makan sekali~

Happy lunch hour~

Sunday, February 03, 2008

MC last minit~*

Tajuk memberangsangkan? So jangan ikut. Terkulat2 dibuatnye. Sebenarnye nak publish tajuk hawt yg lain tapi malas lah. Relak2 cool dulu. Ada nanti aku publish. Tajuk hawt itu tgh draft. Ni aku saje nak citer apa jadi ini hari pagi tadi [Aah.Aku member Karam Singh Walia~]

Before I move on, I would like to express my warmest gratitude to HANNAN from Moscow. He was very kind enough to lend me his helping hand & head in preparing my MC script. Almost like 80% are his words. I can’t thank you enough for helping me at the very last minute. With all my heart I thank you.

Not forgetting, my dearly friend Azrul Mizam from Paris, for the encouraging words. Though I know you can’t send me any flowery words, but I do appreciate your effort in helping me so. And IJAT, thank you so much sebab sudi muncul at the last minute though I know you should be busy having fun in Mesir. Helping me to stay put and hafal my script. Trust me, you really scare me and it helps a lot! Hehehe~

Guys, THANKS~! [siler terharu okeh~]

Apesal aku beria-ia sgt nih? Sebab... aku dah lama tak main muncul2 depan org nih. Aku kan gadis pemalu. Jalan catwalk lagi sebab shy-shy cat. So menda2 ni semua aku dah lama tak buat. Nervous lah beb! Tu la.. padan muka~ Dulu beria sgt nak tolong org, last2 tercuak sendiri. But look at the bright side. Niat aku nak tolong Kak Eyta sorang je, tapi last2 God send me tiga org mat2 hensem ni datang tolong aku balik. Macho2 lak tu. Tak ke heaven? Hehehe~

Sangat besh berkawan dgn diorg. Sape2 nak, boleh aku perkenalkan. Hannan is taken, so Ijat and Azrul are free. Lelong2~? [mati aku~]

So roughly citer asalnye, today ada welcoming ceremony for the new graduate students of Science Faculty. So aku kena jadik MC utk acara nih. Bab yg best masa ni adalah usha student2 foreigner yg baru masuk. Mostly from middle east. Pastu ada sorg tuh botak. Seriously mcm zidane weh! Pastu ada lagi sorg dua mcm pemain bola sepak Eropah. Tercuci mata aku hari nih. Balik ni wajib aku jeleskan Ina.

Ok. Back to da story. Last minit tukar lagi skrip. Sebab dah tak ikut schedule yg asal. So masa tengah2 dean bagi ucapan tuh, aku terpksa reka2 lagi ayat. English. Naik mabuk aku nak buat ayat baru. But everything went well lah. So well enough sampaikan aku habis je jadik MC tu, assistant registra tuh offer aku jadi MC utk oath taking ceremony pulak. Weeiii… depan faculty ni pun aku dah terkulat2, nak suruh aku jadi MC utk satu Universiti pulak? Maaf zahir baten. Tahun depan aku dah pencen. Bye-bye UPM. Tapi encik tuh offer nak bayar lah kalau aku dah takde sini. Eh? Ini sudah bisnes yg bagus. Jadi MC freelance. Nanti lah aku pikir2 kan.

Tapi ni part yg plg best sebenarnye. Despite aku kena puji2 pastu terpksa malu2 kucing tuh, aku dapat thumbs up dari supervisor aku! Harharhar~ aku sgt seronot tang itu. Bukan apa. Supervisor aku garang tahap maki org tak kesian punye. Cakap main lepas. Perkataan dia lebih tumpat dari keamatan pancaran laser. Pastu supervisor aku ni Ketua Jabatan Fizik. Jadi dia ni antara dif kehormat lah. Boleh bayangkan lah betapa cencurut dan tenggilingnye aku kat depan pentas tuh. Nak baca skrip lagi. Takut pandang dia lagi. Pandangan mata dia mcm laser He/Ne. Boleh membunuh. Jadi biler baca skrip tang menjemput VIP untuk refreshment tuh, tetiba aku nampak my beloved supervisor kasik aku thumbs up dari jauh. Waaaaahhhh… aku mati terharu kat situ jugak. Kaki rasa macam tak jejak tanah. Dia suka dengar aku meng-kucing atas pentas tuh? Memang aku terpksa sayang lah supervisor aku masa tuh. Hahaha~ Pasnih.. errr… nanti2 aku pikir2 kan balik. Tapi body language dari ibu jari nye itu amat menyentuh kalbu aku boleh? Aku rasa itu lah kemuncaknye kepuasan aku mengacarakan majlis tersebut. So pasnih, kalau supervisor aku tu jadi dif kehormat, baru lah aku boleh mengacarakan majlis. Sebab nak capai kemuncak nikmat jadik MC. Hehehe~

Dah. Aku lelap kol 5 pagi semalam. Menda alah ni punyer pasal la. Tidur 2 jam je. Pastu ni member sebelah melonjak gumbira dapat masukkan lagu dlm frenster dia. Cheh~ Bising. Pastu lagi sorg member bising suruh bukak website ni and klik kat link kaler hijau dalam kotak hitam tuh. Nanti dia dapat duit. Belanja aku. Korang tolong lah klikkan ye. Aku dah ngantuk giler nih. Nak lepak surau tidoooooooooo~

Chiao!

Saturday, February 02, 2008

Hepi Besday Nad~*

Ok ah..

Ngaku je lah. Sebenarnye nak taruk entry nih semalam. I know its one of my bestest blogger mate punyer besday. Tapi konon nak buat surprise nak kasi last2 minit. Harharhar~ Sekali biler tgk Hata buat lagi canggih for her [*sigh*] I give up! Maaaaaa… I did made something for you tapi maluuuuuuuuuuu nak taruk sini. Budak kecik punye pun lagi santek~ huhuhuhu~

So malas cakap byk dah. Ngaku je lah memang tak pandai. Nak edit lelawa mmg surrender. So last2, akak buat style kuno je lah. Mel siput je lah okeh? I’m more good with my handicrafts rather than edit2 pemenda kejadah ikut computer nih. Hehehe. For your eyes only…

So, akak nak ucap byk2 HAPPY BESDAY to my dearest Nadrah @ Nad @ Amira Azizah. She’s the reason I’m in this world of blogging. And yes, not forgetting Hata okeh. Sama standard je korg berdua. Besday Hata nanti lain citer okeh~

What can I tell about this girl? Ok. Basicly, she’s damn cool! Sekapala with me. Like Kapal Singh. Harharhar~ I like her because she’s crazy but she’s smart. Sekarang dia tgh buat medic kat Ukraine. Yeah.. Milla Juvorvich [betul ke eja nih? tau salah! Lantak~ harharhar] is her best pren. Harharhar~ I like her… eh tak2. I don’t like her.. I LOVE HER~! Hehehe.

Apa lagi pasal minah nih? Haaa… dah kenal dia dekat.. brp lama eh nad? 2 tahun ada? Aah. Lebih kurang lah. Macam mana kenal dia? Sebab saya kenal Mando & Ijat, my ex-student merangkap dah jadi my adik angkat and my best pren jugak. [Dah2. Kuota nak jadi adik angkat aku dah penuh] Then diorg ni kenal Hata, their senior. Then Hata kenalkan me with Nad, his best pren. Dari Malaysia ke Jordan. Pastu dari Jordan melompat ke Ukraine. Jauh perjalanan ku nak kenal Nad nih. Hehehe~ But i NEVER met her. Walhal jiran sebelah2 je. Naik komuter Bangi-Seremban pun RM4.50 je. Kedekut nak kuar duit pi jumpa minah ni. Harharhar~
Tapi tahun ni dia balik kang, jumpa lah tu. Kalau tak pun, tahun depan ke. Tahun depan2 lagi ke. Atau tahun Nad TER kahwin dgn Hata ke. Tu confirm akak datang wokeh? Akak sendiri bentangkan karpet merah utk diri sendiri! Harharhar~

Ok2. Termerapu kang habis semua rahsia Nad terkeluar. Harhar~ Takde ayat2 jiwang dlm ni nak kasi Nad nanes sbb dlm blog Evilmind tu dah buat akk tersedu tersedan. Akak nak mesej semalam tapi takut belum masuk lagi 3rd Feb. Malaysia nih dah masuk. So konfirm sekarang sana dah masuk kan? Ish.. tu la.. susah betol bercinta antara dua benua nih.

OK. Happy Besday! Eh.. yang ke berapa eh? Ah~ What the heck! Age is just a number… ;)

Photobucket
Nih gmbr lama. But still my fave among all~ Happy Birthday NAD~!

What i do~*

Dah dapat call. From that company that I’m working with as a part time trainer. SigTech Sdn. Bhd. Dah dipanggil untuk mengajar. Tak sia-sia aku panggil tok bomoh tarik projek utk diorg dulu. Menjadi jugak. So I can see myself that I will get busy dalam bulan February after raya cina nanti. Pastu basicly akn berlanjutan dalam minggu2 yg seterusnye. Ayoooo.. biler nya aku nak buat writing ni? Takpe2. This is where my time management skills come in handy. And maybe I wont be updating here everyday. 2-3 hari sekali boleh?

Orang selalu tanya apa kerja aku buat. Aku akn jawab student and part time lecturar/tutor. Actually kerja aku sebagai trainer but then ramai tak faham aku trainer apa. Malas lak nak terangkan. Tapi biler cakap aku part time lecturer, basicly semua akan angguk2 terus diam lambang faham kerja seorang lecturer/tutor. Habis cerita.

But actually, this is what I do.

I train people. In this company that I work for is a company that is doing calibration equipment and stuffs like that. I mean if you have lots of big-big equipments, each of them need to be calibrate in order to ensure the accuracy of that equipment. Or else, your readings/data/measurement will not be valid. Then besides having calibration stuffs, they do offer trainings for institutes. Mostly like Kemahiran Belia. Setakat ni, klien company nih is PSDC, Kuantan & TESDEC, Marang. Org2 Pahang and Terengganu tahu lah tempat2 ni kot.

So these institute have classes and training. Kemahiran for belia. They will be having theory classes and hands-on training. Usually this course takes up to 7-8 months. Jadinye, biler kelas teori start, they need expertise to handle classes. Subjek2 mcm photonic, basic telecommunication and so on. Ada 3 group. Fiber Optik, Microprosessor & Network. So I’m in the Fiber Optic group. So I train/lecture them about related stuffs on Fiber Optics. Pretty much mcm kerja tutor or lecture bezanya kerja ni bukan tetap mcm lecture or tutor. So kalau ada student masuk berdaftar kat PSDC & TESDEC tu, then they will outsource the training class. This is where they will call SigTech and masa ni lah SigTech will call me. Harhar~ pening? So setakat ni, klien tetap for that company is PSDC & TESDEC lah. Any other company interested in doing training for the company’s staffs? Let me know yah!

So itu lah sebenarnye my part-time job. Working is my part time and studying is my full time. I’m doing it free-lance. Tak terikat. Sementara nak dapatkan permenant job, I do various stuffs. Kat UPM tu, I do demonstrations. Penunjukajar. Kan ke biasanye masa korang kat uni dulu ada subjek lab. So this is where the lab demo comes in handy. Tunjuk ajar student buat eksperimen and understand the concepts of physics. Plus tuitions. Every Saturday. Owh ye, did i mention that my mum has her own training company too? So sometimes, I do help her out. My mum buat training for various clients. Kinda ‘bigger fish’. Kementerian2 and Lembaga2 are those in the list. But biasanye training course from company my mum ni pendek2 je. Paling lama pun seminggu je. My mum is a water expert and offer PTK trainings too. For all group. So sape2 nak naik pangkat and naik tangga gaji kerja kerajaan tu, let me know. That’s the major training lah. There are also some other minor trainings, depend on the clients. Plus green card. My mum is one of the 60 people that can approve green cards, so let me know if any of you out there who needs green card for your company’s staffs. In group of at least of 30 people. We don’t offer training in person. [Pasnih nak mintak komisyen promoting and marketing her service in here! Heheheh~]

So lepas raya cina ni, I will be heading to Kuantan. Outstation sana. Will be a bit busy here and there but I’ll manage. Sampai sana I will still online and stuffs. YM will still on but for special ones only. Hehehehe~ And don’t worry, maybe I’ll update myself from there.

Alamak. Hungry lah pulak. Wanna catch a bite or two downstairs lah~

Have a nice dinner every one!